Plan Jumaat malam Sabtu ni sebenarnya adalah untuk dinner dengan kawan-kawan pastu layan movie seround due. Lama sangat dah tak lepak camni. Tapi wawie si planner dah buat onar awal-awal, so terpaksa batalkan dinner yang kononnya hebat sangat tu. At last, meet up point kat Shah Alam, makan kat Night Circle memandangkan Big Brothers Sec 7 dan Burger Bakar belakang UNISEL pon dah tutup. Perot western sangat kitorang ni. Siap makan je pun dah pukul 12.30, manede lagi movie ticket kan. Pasrah la. So, tetibe decide nak ke Bukit Tinggi. Ada yang ingat nak pegi Bukit Tinggi, Klang. Haha. Bukit Tinggi, Pahang sebenarnya.
Kitorang gerak 2 kereta sebab total 7 orang. Tapi yang peliknye tak nak plak divide sama rata. Haha. Kereta aku 5orang, kereta wawie, 2 orang je. Dengan berpandukan GPS iPhone Ayul, maka bergeraklah kami ke sana. Takdelah jauh sangat. Dalam pukul 2 jugak la sampai. Tapi malangnya, tempat yang kami nak sangat pegi, tak boleh masuk pun. Guard bangla tu kerek gila. Kitorang cakap nak check in pon tak boleh. Kononnye kena tunggu pukul 6 pagi baru boleh check in. Lepas tu dia cakap, Guard dekat entrance dah report pasal kereta kitorang yang masuk. Ceh boleh tahan strict jugak diorang ni. Kitorang bukan nak check in pun sebenarnya. Cuma nak masuk untuk amek gambar building Colmar Tropicale tu dari jarak dekat je. Tapi tu pon tak lepas. Sobss.
Dah sampai takkan nak balik camtu je kan. So, cari port la jap. Kebetulan ada jumpa parking lot underground. Tapi peliknya tak banyak kereta pun parking kat situ. Ada 2 kereta je kalau tak silap. Quite scary jugak. Da la pukul 2, gelap, dan sejuk. Tapi kalau nak ikutkan, mase pegi Fraser Hill 10x lagi seram.
So melepaklah kejap kitorang kat situ. Nak amek gambar, golap eh. Nampak lampu-lampu je. Nasib baik la dak Masam ade bawak guitar. Dak Wawie plak ade bawak selimut (?). Memang dijadikan alas tempat duduk je lah. Kekeke. So aktiviti kitorang malam tu cuma menyanyi2 je lah 7org. Yes i knew somebody might think it was boring. Tapi bagi kitorang, benda tu happening gila okay. As long as kawan-kawan ada sama, benda tu cukup sempurna untuk kitorang.
Dalam pukul 4.30 camtu, kitorang gerak turun. Nak balik ke pangkal jalan dah. Nak breakfast kat Genting Sempah kononnye. Last2 da tetido semua. Tinggal dak masam ngan wawie je yang gigih drive. Stop kat petronas mane tah, solat subuh. Haha, mekdi sangatt. Tengok2 dah pukul 6.15. Lepas subuh, terus gerak ke Shah Alam semula. Breakfast kat McD seksyen 3 tu je la akhirnye. Boyak plak buat hal taknak bangun. Dok terbongkang laie dalam kete wawie. So kitorang berenam je la breakfast same. Dok breakfast pon nak dekat 2 jam. Gua lupe plak gua kene gerak KL rumah akak gua. Mak gua ada sana kot. Hehe. So lepas hantar sekor-sekor, gua pun gerak la. Lepas ni gua ingat nak ke Penang plak. Gua tau memang gua tak larat nak drive. Tapi gua ade Jijie. So gua dok sebelah je la nanti. Kehkeh. Adios!